Saturday 11 January 2014

Resepi : Daging Goreng Tepung Bersos Manis

Assalamualaikum...

Hari ni tiba2 rasa nk berkongsi resepi yang sy cedok hasil duk tengok drama korea ..hehehehe...resepi ni saya olah sedikit mengikut kesesuaian saya sebagai seorang muslim dan melayu...selamat mencuba.. :)


Bahan mentah
- daging lembu (dipotong nipis-nipis)
( nak guna ayam pon boleh)

Bahan untuk daging goreng tepung
- tepung beras
- tepung jagung
- serbuk kari
- serbuk lada putih
- sedikit garam
--> semua bahan di atas hendaklah dicampur
- telur
(kalau malas sgt nk campur semua bahan2 di atas, guna je tepung goreng ayam kt kedai yang dah siap...senang..:))

Bahan tumisan/sos
- bawang putih ( 1 labu)
- sos cili
- sos tomato
- sos sos tiram
- daun limau purut dan serai (kalau x nak letak pon x apa, tp letak lg sedap)

Cara-cara
1. Celupkan daging yang telah dipotong tadi kedalam telur dan gaulkan dengan  tepung-tepung yang telah di campur tadi.Then goreng sampai garing. angkat dan di asingkan dulu.
2. Untuk sos pula, tumiskan bawang putih sampai kekuningan (kalau nak letak bawang merah sedikit pon boleh). opps x lupa juga sebatang serai yang telah diketuk.
3. Selepas itu masukkan kesemua jenis sos dan gaulkan sampai masak. jangan lupa masukkan bahan2 perasa ye (garam, gula) dan juga beberapa helai daun limau purut.
4. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dengan tepung tadi  ke dalam sos tadi. kacau daging tadi selama 1 minit (jgn lama2, nanti daging jadi lembek), then siap. Enak di makan dengan nasi panas2 tau..Selamat mencuba

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...